♥♥ #Gafimmers ♥♥

Memaparkan catatan dengan label 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2013. Papar semua catatan

Rabu, 18 Disember 2013

YouTube Part 7

Dear Blog




Ini merupakan  
Video yang ke-7 di edit
Oleh saya :)

YouTube 1 ---> Kisah Yang Terindah by Harris Alif
YouTube 2 ---> IKBN Bandar Penawar Endau Rompin
YouTube 3 ---> Dia Lydia by Klangit Part 1
YouTube 4 ---> Majlis Perpisahan IKBN Bandar Penawar Batch 2011 & 2012
YouTube 5 ---> Sambutan Hari Raya & Merdeka IKBN
YouTube 6 ---> Gafimmers Karaok3m 2013

Untuk video kali ini .
Video tentang tentang "Open House Raya Forteen"

Video ini merupakan
#Kenangan saya bersama Forteen
Kerana untuk first time join
Event Forteenagers

Dapat berjumpa Forteen dan Ahli - ahli Forteenagers
Yang perbagai jenis dan latar belakang

Khas untuk semua Ahli Forteenagers
Terutama yang hadir ke event tersebut
Hope korang enjoy dengan video ini :)

*Video ini hanya suka - suka sahaja :)
Video ini saya lakukan sekira ada masa terluang sahaja :)
Itu yang dinamakan suka suka :)

Untuk Event bersama #Forteengaers & Forteen
Hanya ini sahaja videonya
Kerana first time join event ini :)
(Insya-Allah klau join & ada gambar
Akan ku buat seperti ini)

PERHATIAN : Kalau boleh tengok di YouTube . Sebab saya nak tgk berapa banyak views yang tengok Sekiranya ada komen2 positif sila hantar di ruangan komen di YouTube (bawah video tersebut) . Dari masa ke semasa saya akan cuba lakukan yang terbaik . Last sekali video ini hanya saja2 . #Kenangan :)

Link video : http://www.youtube.com/watch?v=YscIUszdDxE
Link Channel Youtube : http://www.youtube.com/user/fatinahzaine

Semoga korang enjoy tengok video ini :)


***Untuk nak tahu next video boleh
Follow #keek fatinahzaine93 .
Tajuk or event apa akan di update di
Facebook Twitter , Instagram & YouTube 
*** Jangan lupa Follow & Subscribed Cannel YouTube :)
TUNGGUUUUUUUUUUU .............

Selasa, 17 Disember 2013

No Title :)

Dear Blog,


Kadang saya terfikir,
Atau lebih kepada tertanya
Kepada diri sendiri

Saya single atau dah berpunya ?

Adakah saya sudah berpunya
(couple)
Atau saya tidak berpunya
(single)

Soalan itu bermain - main
Di kepada saya .
Maksud di situ
Saya terfikir atau tertanya
Kepada diri sendiri
Tentang benda ini

sebab apa saya tertanya atai terfikir
Kerana cara dia seperti kami dah pun couple .
Tapi tidak ada pulak tanda atau
Cakap yang kami dah couple :)

Sebab itu saya terdikir atau tertanya sendiri :)

p/s saya jenis tak kan bagi tahu .
Mungkin saya lebih suka simpan kot :)




Khamis, 12 Disember 2013

Thanks 4 follow back

Dear Blog,



11.12.13
Adalah tarikh yang sangat
Bermakna bagi saya
Bermakna yang macam mana?
Bermakna sebab

Akhirnya, MR. AkimAhmad follow back di twitter
Setelah lama saya menanti dan menunggu
(sama dah macam lagu beliau)
Untuk dapat follow back dari dia
Akhirnya dapat gak
Berbaloi penantianku selama ini :)

Ada gak mention dia suruh follow back
Tapi still x dapat
Semalam mention untuk follow back
Terus dia follow back

Banyak kali gak suruh dia follow back
(tapi x sampai 10 kali pun)
Jarang mention dia suruh follow back
Mungkin 2 or 3 bulan
Sekali mention untuk follow back

Tak tiap-tiap hari lah
Mention suruh follow back
Tapi x sangka dia follow back :)

Bak kata Adik Dira
"sape rajin semakkan mention dia hari2 cam akk mmg dia polowbek."
Tapi saya bukan mention setiap hari.
Klau saya #Instarepost pun
Saya just tulis #AkimAhmad #InstaRepost
Post Facebook, twitter & Tumblr

Adakah beliau dapat itu semua .
Walaupun tak tag nama beliau

p/s : Selepas ini @instagram pulak ...
HeHeHe

Selasa, 10 Disember 2013

"Kisah Kita" by @AkimAhmad

Dear Blog,






Lagu ini merupakan lagu untuk Kementerian Kesihatan Malaysia .
Lirik lagu ini sangat best .
Tak Caya dengar lah

MTV ni Sekali dengan Lirik sekali .
Klau boleh dengar lagu ni tekan dekat YouTube tau
Sebab nak naikkan views
Jangan lupa share dekat kawan - kawan

Selamat menonton










Isnin, 9 Disember 2013

Kumpulan OMG Juara Liga Lawak Superstar Musim Pertama

Dear Blog

Budiey nak ucapkan sekalung tahniah buat kumpulan OMG yang telah dijulang sebagai juara program Liga Lawak Superstar (LLS) musim pertama yang berlangsung dengan happeningnya di Studio Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada malam tadi. Tahniah Sathia, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan, korang memang terbaeklah! OMG mendapat markah sebanyak 70 peratus sekaligus menumpaskan kumpulan Apa Kasih Toq yang hanya mendapat dengan 58 peratus.
Kepada grup Kasih Toq yang dianggotai oleh Didie Alias, Kamal Adli dan Shafiq Kyle, korang jangan kecewa sebab hadiah pulangan pun memang best gak tu. Jadikan pengalaman yang berharga sepanjang menyertai pertandingan satu pengalaman berharga. Itu yang penting, ye ke idok?
Tempat Ketiga, Kumpulan Aku Diandra (Ilya, Sheera Iskandar, Qazeem Noor)
Juara menerima hadiah wang tunai berjumlah RM250,000 manakala naib juara membawa pulang hadiah berjumlah RM75,000. Bagi pusingan akhir Liga Lawak Superstar musim pertama ini, kumpulan OMG dan Apa Kasih Toq dikehendaki melaksanakan tiga permainan iaitu Mengecut, Peniru Besar dan Penyanyi Berkepala Tiga. Manakala untuk peringkat akhir kedua-dua kumpulan diberikan dua permainan baharu iaitu Awal & Akhir dan Karaoke Uncle.
Dalam pada itu, Sathia ketika ditemui berkata, mereka bersyukur telah dipilih sebagai pemenang dan mengakui bukan mudah untuk melunaskan semua tugasan diberikan.
“Saya sangat berterima kasih kepada Anas dan Akim kerana walaupun mereka bukan daripada bidang komedi tetapi tetap mampu melunaskan semua tugasan yang diberikan.”
Pada pusingan separuh akhir kedua minggu lalu, kumpulan Aku Diandra (Ilya, Qazeem Nor dan Sheera Iskandar) telah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima wang tunai sebanyak RM50,000.
Manakala kumpulan Aku (Bell Ngasri, Hairi Safwan dan Idzham Ismail) diumumkan sebagai pemenang tempat keempat sekaligus membawa pulang wang tunai RM25,000.
Sementara itu, Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulan Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya amat teruja dengan sambutan diberikan oleh penonton terhadap LLS sehingga ia menjadi fenomena dikalangan penonton.
Jelas Ahmad Izham, dua kumpulan yang terpilih ke peringkat akhir telah memberikan persembahan paling kreatif dan menyerlah sepanjang tiga bulan bertanding.
“Mereka mampu menguasai pentas dengan bersahaja dan tidak berasa kekok untuk menjayakan setiap permainan diberikan. Program ini telah membuktikan bakat dan kreativiti setiap peserta bukan hanya terikat dengan watak mengikut skrip malah mampu menghiburkan para peminat.”
Pemenang dipilih berdasarkan tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus juri awam di studio.
Liga Lawak Superstar dihoskan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Nor manakala Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli bertindak sebagai juri profesional.

OMG JUARA LIGA LAWAK SUPERSTAR - RM250,000 Milik Sathia, Akim Ahmad & Anas Ridzuan

Setelah 10 minggu berentap di pentas Liga Lawak Superstar (LLS), akhirnya kumpulan OMG yang dianggotai oleh Sathia, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan dinobatkan sebagai juara sulung Liga Lawak Superstar dan meraih hadiah lumayan berupa wang tunai RM 250,000! Sementara itu, pesaing OMG iaitu kumpulan Apa Kasih Toq yang terdiri dari Didie Alias, Kamal Adli & Shafiq Kyle diiktiraf sebagai naib juara dan membawa pulang RM 75,000.
Acara kemuncak Liga Lawak Superstar yang bersiaran secara langsung dari Studio FINAS, Ulu Klang, Selangor jam 9.00 malam itu juga mengumumkan kumpulan Aku Diandra (Ilya, Qazeem Nor, Sheera Iskandar) sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50,000 manakala kumpulan Aku (Bell Ngasri, Hairi Safwan, Idzham Ismail) diumumkan sebagai pemenang tempat keempat sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000.
Bagi pusingan akhir Liga Lawak Superstar musim pertama ini, kumpulan OMG dan Apa Kasih Toq dikehendaki melaksanakan 5 permainan iaitu ‘Mengecut’, ‘Peniru Besar’, ‘Penyanyi Berkepala 3’, ‘Awal & Akhir’ dan ‘Karaoke Uncle’. Tirai acara kemuncak LLS dimulakan dengan persembahan dari kumpulan OMG menerusi permainan sketsa ‘Mengecut’ dan kemudian kumpulan Apa Kasih Toq akan menyusul untuk mempamerkan sketsa yang sama tetapi mengikut kreativiti mereka.
Untuk cabaran kedua, ‘Peniru Besar’, kumpulan Apa Kasih Toq pula akan memulakan permainan untuk mencabar kumpulan OMG. Kehangatan persaingan akhir ini diteruskan lagi menerusi permainan sketsa ketiga iaitu ‘Penyanyi Berkepala 3’. Kumpulan OMG dan Apa kasih Toq akan menggeletek hati penonton dengan lontaran dialog dan aksi spontan mereka menerusi permainan sketsa ini.
Seterusnya, kumpulan Apa Kasih Toq akan mencabar sekali lagi kumpulan OMG menerusi permainan ‘Awal & Akhir’. Sebelum melabuhkan tirai persaingan separuh akhir pertama ini, kedua-dua kumpulan menggegarkan studio Finas dalam cabaran terakhir iaitu ‘Karaoke Uncle’. Peserta akan menyanyikan lagu yang diberi sambil berdepan dengan pelbagai cabaran yang mengundang aksi lucu daripada mereka.
Dua kumpulan yang beraksi di persaingan LLS akhir ini akan berentap bagi meraih markah daripada barisan juri tetap yang terdiri daripada Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli, juri awam dan undian SMS daripada orang ramai.
Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad berkata, “Pertama kali TV3 memperkenalkan Liga Lawak Superstar, kami teruja dengan sambutan positif yang diterima daripada kalangan penonton TV3. Program yang mengetengahkan bakat sketsa komedi pelakon-pelakon popular tanah air ini telah berjaya mencipta fenomena di negara ini dan menjadi satu lagi program terbaik serta menjadi pilihan utama penonton sepanjang 10 episod program ini ditayangkan. Sokongan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak sepanjang penerbitan Liga Lawak Superstar amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan. Pastinya program ini akan menjadi satu pengalaman yang menarik bukan sahaja buat peminat tetapi juga para peserta sendiri.”
“Pada pusingan akhir ini memperlihatkan persaingan amat sengit di antara kumpulan OMG dan Apa Kasih Toq. Dua kumpulan ini telah memberikan persembahan yang paling kreatif dan menyerlah sepanjang 3 bulan di pentas Liga Lawak Superstar. Mereka mampu kuasai pentas dengan bersahaja dan tidak berasa kekok untuk menjayakan setiap permainan yang diberikan. Program ini telah membuktikan bahawa bakat kreativiti setiap peserta bukan hanya terikat dengan watak mengikut skrip malah mampu menghiburkan para peminat dan penonton secara langsung di kaca televisyen,” ujar Ahmad Izham Omar.
Sementara itu, di samping bergelak ketawa, LLS tidak melupakan mangsa-mangsa banjir di tiga buah negeri iaitu Pahang, Johor dan Terengganu. Sebagai tanda sokongan terhadap mangsa banjir, LLS telah mengambil inisiatif dengan menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM 14,800 kepada Tabung Bencana NSTP Media Prima.
Liga Lawak superstar menampilkan 8 orang komedian dan 16 pelakon popular tanah air yang dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Setiap kumpulan daripada 4 pasukan yang disertai oleh seorang komedian dan 2 pelakon dalam setiap pasukan. Pada pusingan awal, Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertarung di pentas Liga Lawak Superstar secara selang seli pada setiap minggu. Selepas 4 pertarungan, 2 kumpulan yang berjaya meraih markah tertinggi dalam kumpulan masing-masing akan bersaing di pusingan separuh akhir. Kumpulan yang terbaik sahaja akan menyandang gelaran Juara Liga Lawak Superstar serta membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 250,000.
Sementara itu naib juara akan membawa pulang RM 75,000 manakala tempat ketiga RM 50,000 dan tempat keempat RM 25,000. Bagi sistem pemarkahan pula akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam di studio. Undian SMS akan dibuka selama satu minggu bermula daripada hari Ahad hingga Ahad minggu berikutnya jam 6.00 petang.
Jangan ketinggalan menyaksikan Liga Lawak Superstar Akhir yang dihoskan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Noor pada hari Ahad jam 9.00 malam di TV3! Untuk menyemarakkan lagi Liga Lawak Superstar penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan ikuti info terbaru di radio rasmi Liga Lawak Superstar iaitu Hot FM. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ #LigaLawak untuk menghangatkan lagi bahang Liga Lawak Superstar.

Persembahan pembukaan Final Liga Lawak Superstar

Juri profesional, Adlin Aman Ramli, Vanidah Imran dan Ida Nerina

Kumpulan OMG di cabaran Karaoke 3 Uncle

Dari kiri, kump Aku Diandra, OMG, Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad , Apa Kasih Toq, AKU

Juara, Kumpulan OMG (Anas Ridzuan, Sathia, Akim Ahmad)

Kumpulan  Apa Kasih toq

Khamis, 5 Disember 2013

MTV "Dewi Cinta" by @Adira_Yayang

Dear Blog


Baru-baru ni .
YouTube Astro Gempak telah meupload MTV
Terbaru dari Adira AF

MTV yang didupload di laman YouTube Astro Gempak
Telah mendapat 9, 997 views

Ada diantara mereka telah pun
memberi komen Negatif dan
Tak jugak yang Postif
(Lebih kepada Negatif)

Apa yang saya nak perkataan dekat sini
Komen mereka berikan
Saya sangat - sangat setuju

Pendapat saya
Klau nak ikutkan
Lagu ini merupakan lagu yang best

Tetapi sayang sebab MTV nya nampak sangat simple
Dan tak tahu jalan cerita macam kalau
Apa yang dimaksudkan dengan "Dewi Cinta"

Apa yang saya nampk dalam MTV ni .
Nampak simple dan x best langsung :)

Rabu, 4 Disember 2013

"Masih Mencintainya" by @Papinka_Band

Dear Blog,

Setelah lama ku tidak menulis blog,
Last menulis blog pada 03 Oktober 2013
Itu last saya meulis blog pasal diri saya .
Selepas itu saya senyap tidak menulis blog

Kerana tidak ada "something" nak diceritakan .
Tetapi hari ini saya start menulis blog semula,
Kerana saya fikir ada banyak benda yang
Saya nak ceritakan .

Untuk First update selepas lama x update .
Mesti pelik dengan tajuk di atas kan .
Sebenarnya tajuk itu merupakan
Tajuk lagu dan nama penanyi lagu tersebut

Mungkin ada yang tahu n ada yang tak tahu.
Dengan kewujudan lagu ini
First saya dengar lagu ini
Di Suria FM .

Selepas dengar terus saya cari lirik dan tajuk lagu
Bila saya cari .
Saya suka sebab tajuk lagu sesuai dengan lagu tersebut .

Mungkin saya lambat dengar atau tahu lagu ni
Maklumlah biasanya lagu "CINTA"
Biasanya di putarkan di radio Suria FM
Sebab apa Suria FM
Suria FM kan ada segmen CINTA

Bagi saya lagu ini mempunyai
Maksud yang sangat mendalam .
Serius giler.
Suka sangat dengar lagu ni .
Dapat rasakan lagu ni seperti sesuai sahaja dengan diriku ini
Bila dengar je lagu dapat rasanya
Yang saya berada di tempat itu

Sejujurnya first dengar lagu ni
Hampir mengeluarkan air mata
(hampir je tapi tak keluar lagi pun)
HeHeHe

Sebab dapat rasakan lirik yang sangat mendalam
Sebab tu boleh emo sikit .
Tapi sejujurnya lagu ni memang sangat2 best
Mungkin sebab sesuai dengan saya

Untuk yang baru dengan lagu ini
Cuba dengar dan hayati lirik lagunya .
Adakah awak sependapat dengan saya
ATAU
Sebaliknya .

Lirik lagu ---> 

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya
wooo wooo

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

"Masih Mencintainya" versi Lirik 



"Masih Mencintainya" versi Official Video

Jumaat, 11 Oktober 2013

Meet @AkimAhmad & @GAFIM_mers di SACC MALL, Shah Alam

Dear Blog

Syukur Alhamdulillah, 
Akhirnya, summit jugak projek Nippon Paint Young Designer Award . 
Sekarang boleh dikatakan free lah jugak berbanding sebelum ni .
Yang sangat sebuk dengan assingment :)


Pada tarikh 21 September 2013, Adalah tarikh yang ditunggu - tunggu oleh saya dan ahli - ahli fan club yang lain . Ada 3 sebab kenapa saya nak pergi ke sana

1) Akim Ahmad
2) Ahli Gafimmers
3) Dapat berjalan jauh (Boring Asyik area Kuala Lumpur je)

Akhirnya pada tarikh tersebut, impian saya telah tercapai juga untuk 3 sebab itu.
Maklumlah last saya jumpa "Akim Ahmad" & "Ahli Gafimmers" bulan Jun .
Tapi tidak semua kerana pada tarikh itu adalah tarikh untuk "celebbelatedday"
Maknanya kebanyakkan yang datang tarikh itu adalah yang birthday bulan 5 .
Tapi tak semua bulan 5 ada gak bulan lain :)

Kembali kepada tajuk di atas.
Kenapa SACC MALL
Kerana di situ lah ada Sesi Temuramah dengan Pelakon - pelakon
Drama Bersiri Adaptasi Novel "Kampung Girl"
Hero dan Heroin yang terdiri daripada "Akim Ahmad" dan "Nad Zainal"

Selain dapat jumpa dengan Hero "Kampung Girl"
Saya dapat jumpa ahli Gafimmers yang saya sudah anggap
Sebagai akak dan adik - adik saya sendiri .
Kiranya dah mcam family dah kami ni.
Betul x ?

Mcam mana boleh kenal dorang ?
First time kenal dorang dan first time join event Gafimmers
iaitu #GafimmersKARAOKEM2013
Pada 09 March 2013 di Red Box, Sogo
Kami dan seperti adik beradik
Terdiri daripada Kak Joanna, Adik Dira, Jiha, Putri, Ashikin dan Wan

Tarikh yang sangat enjoy daripada masalah yang melanda diri ini .
Masalah ? hahaha lain mcam je ayat tu kan .
X ada lah masalah besar sangat .
Cuba agak buzy dan pening gak lah
Dengan projek ni .

Ada sedikit gambar yang dapat di rakamkan pada hari tersebut :)


With Kak Jo


With Dira


With Jiha


With Ashikin


With Adik Jijah


Ni namanya gambar penyebuk :) Hehehe .
Jangan marah :D


With KAMI Ahli Gafimmers Part 1
(abaikan poster saya x nampak)


With KAMI Ahli Gafimmers Part 2
(abaikan tangan Dira)
  
With KAMI Ahli Gafimmers Part 3
Again #AkimAhmad Team . 
(Abaikan tangan Dira) :D



With KAMI Ahli Gafimmers Part 4
#AkimAhmad Team :D
(abaikan jijah padang tempat lain)

Thankssss so much to my BFF :)
Kerana sanggup temankan saya ke sana :D 



Endinggggg :D 






Khamis, 3 Oktober 2013

"Musim Asmara" by @soowincci

Dear Blog

                                        

Sebenarnya dah lama nak update pasal ni
Tapi sekarang atau hari ni baru berkesempatan 
Untuk mengupdate pasal ini .

---> Akhirnya MTV yang ahli - ahli #GAFIM
Tunggu telah ditayangkan di Channel YouTube 
Mungkin ada yang tahu 
Mungkin jugak ada yang tak tahu 

Lirik Lagu Musim Asmra  – Soo Wincci 

Pertemuan
Dua insan
Menyatu hati jiwa
Terlukis rasa

Semakin lama ku kenali dirimu
Kau semakin dekat di sisiku
Saban hari ingin ku bersama mu 
Ketika rindu mekarnya di musim asmara
Terciptalah pelangi kita
Biar pun jauh dapat ku sentuh
Lambang warna warna indah
Seagung cintamu
Kasih Oh...

Semakin lama ku kenali dirimu
Kau semakin dekat di sisiku
Saban hari ingin ku bersama mu
Ketika rindu mekarnya di musim asmara
Ku temu erti bahgia
Menantimu di dalam mimpiku
Bersama hamparan suci untuk ku

Ketika rindu mekarnya di musim asmara
Terciptalah pelangi kita
Biar pun jauh dapat ku sentuh
Lambang warna warna indah
Seagung cintamu
Oh... Kasih
Seagung cintamu

Musim Asmara - Soo Wincci
Lagu: Ajai & Soo Wincci
Lirik: SlenPenerbit 
Lagu: AjaiKlip Video 
Terbitan Matchstick Pictures Sdn Bhd & Beyond Artistes Sdn Bhd
Penampilan Khas: Akim Ahmad
Pengarah: Abhilash Chandra
Penerbit: Vishalan Ravi
Jalan Cerita: Abhilash Chandra & Vishalan Ravi
Tarikh Pembikinan: 19 Ogos 2013
Rambut & Mekap: Liyana Dee
Lokasi Pembikinan: Ladang Ternakan UPM, Kedai Usang di Klang Lama


Dengarkan dan saksikan muzik video nyanyian Soo Wincci . Penampilan Istimewa dari Akim Ahmad bertajuk "Musim Asmara"


Diarahkkan oleh pengarah Abhilash Chandra . Untuk MTV ini sama seperti MTV 1 Malaysia . 


India - Pengarah 
Cina - Penanyi
Melayu - Model







Muat turun nada dering pemanggil Kembali.
Untuk Muat Turn Musim Asmara:
Maxis: Dial *131*294715# dan tekan call/send
Celcom:Dial *888*169782# dan tekan call/send
DiGi: Taip CT(Jarak)1800068 dan hantar ke 2000
U Mobile: Dial *118*5*2*423479# dan tekan call/send

Video Sidang Media MTV "Musim Asmara"

Sekitar Pelancaran Video Muzik Musim Asmara Soo Wincci




Temubual Eksklusif Bersama Soo Wincci - Musim Asmara




Lain - lain video

The making of MV 'Musim Asmara' by Soo Wincci feat Akim Ahmad



Soo Wincci labur RM50,000 untuk 'Musim Asmara'



Klip Video 'Musim Asmara' : Soo Wincci Labur RM50 Ribu



Pada 19 Ogos 2013,

Akim Ahmad telah menjalani satu penggambaran MTV "Musim Asmara' by Soo Wincci . 
Dalam MTV tersebut beliau menjadi seorang model . Model ape ? tengok sendiri . Hehehe . 

Pada 11 September 2013, 

Sidang Media MTV "Musim Asmara' by Soo Wincci telah di adakan di Red Box, Sogo KL

Khamis, 26 September 2013

Program Realiti Terbaru Liga Lawak Superstar

Dear Blog

TV3 tidak pernah kekeringan idea dalam melahirkan program terbaru khususnya berbentuk realiti untuk terus menarik perhatian penonton. Buktinya, program Mentor, Gangstarz, Vokal, Bintang Mencari Bintang yang saban tahun diterbitkan dan mendapat perhatian meluas serta menjadi buah mulut orang ramai.
Kini, TV3 sudah bersedia untuk menggegarkan kaca televisyen apabila muncul dengan program realiti terbarunya, Liga Lawak Superstar yang bakal bersiaran pada bulan 6 Oktober 2013 nanti.Liga Lawak Superstar adalah sebuah rancangan program realiti terbaru TV3 yang memperlihatkan kewibawaan barisan selebriti terkenal tanah air dalam mempamerkan kreativiti mereka dalam sketsa komedi.
Peserta-peserta Liga Lawak Superstar

Senarai Peserta Liga Lawak Superstar

Jangan lupa saksikan rakaman aktiviti selebriti-selebriti di Liga Lawak Superstar 101 ini menerusi episod pertama Liga Lawak Superstar pada 6 Oktober 2013 dan siaran langsung Liga Lawak Superstar bermula episod kedua setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3Uniknya, Liga Lawak Superstar akan menampilkan 16 pelakon dari drama-drama terbaru di TV3 antaranya Zalif Sidek, Qazeem Nor, Idzham Ismail, Sheera Iskandar, Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Shafiq Kyle, Akim Ahmad, Anad Ridzuan, Hairi, Aman Nassim, Mikael Andre, Sherry Ibrahim, Kamal Adli, Iqram Dinzly dan Nad Zainal serta 8 komedian seperti Azlee Senario, Aziz M.Osman, Ilya, Hamdan, Sathiya, Bell Ngasri, Ropie dan Farouk Hussein. Setiap kumpulan diberi seorang komedian untuk memberi panduan, tunjuk ajar serta strategi kepada ahli pasukan masing-masing untuk berjaya.
Selain itu, Afdlin Shauki dan Adibah Noor akan digandingkan sebagai pengacara bagi menggamat suasana dengan telatah lucu mereka. Manakala Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramlie dipilih untuk menjadi juri bagi musim ini.
Sebelum ke cabaran sebenar di Liga Lawak Superstar, kesemua pelakon yang dijemput menyertainya perlu melalui sesi latihan Liga Lawak Superstar 101 pada 23 dan 24 September 2013 bagi mengasah bakat dan menguji tahap kreativiti mereka selain melakukan pemilihan kumpulan pada Liga Lawak Superstar 101. Barisan pelakon akan diberi pendedahan dan latihan tentang tugasan yang bakal mereka hadapi di saingan Liga Lawak Superstar nanti.
Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Pengurus Besar Penjenamaan TV3
“Program Liga Lawak Superstar merupakan program terbaru terbitan TV3 yang bakal menemui penonton setiap hari Ahad. Liga Lawak Superstar membawa kelainan apabila melibatkan 8 kumpulan berbeza yang akan berentap sesama sendiri dalam permainan-permainan yang menguji kemahiran mereka melakukan improvisasi melalui tugasan-tugasan yang diberi. Selain itu juga, ia merupakan salah satu strategi TV3 untuk mempelbagaikan lagi santapan program bagi tahun 2013 selain memberikan wadah hiburan baru buat penontonnya.”
“Sebelum semua peserta memasuki pentas Liga Lawak Superstar, mereka harus menyertai Liga Lawak Superstar 101 selama dua hari di Perkampungan Latihan dan Rekreasi Hulu Langat, Selangor. Sesi latihan ini penting kerana mereka yang dipilih untuk menyertai Liga Lawak Superstar ini terdiri dari kalangan pelakon dan bukan komedian. Menerusi latihan yang disediakan di sesi latihan ini mereka akan didedahkan dengan pelbagai teknik permainan yang terdapat dalam saingan Liga Lawak Superstar. Ingin saya ingatkan bahawa sesi latihan ini bukanlah sekadar suka-suka tetapi objektif utama agar mereka betul-betul bersedia melangkah ke pentas Liga Lawak Superstar.”
Mampukah Liga Lawak Superstar 101 ini memberi keserasian dan persediaan rapi kepada peserta dan mengasah bakat kreativiti mereka dalam mempamerkan persembahan terhebat? Jangan lupa saksikan rakaman aktiviti selebriti-selebriti di Liga Lawak Superstar 101 ini menerusi episod pertama Liga Lawak Superstar pada 6 Oktober 2013 dan siaran langsung Liga Lawak Superstar bermula episod kedua setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang Liga Lawak Superstar, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#ligalawak) untuk menghangatkan lagi bahang Liga Lawak Superstar!
Kamal Adli, Fizz Fairuz, Qazeem Nor dan Sheera Iskandar ketika melakukan aktiviti fizikal Liga Lawak Superstar
Akim Ahmad salah seorang peserta Liga Lawak Superstar
Iqram Dinzly salah seorang peserta Liga Lawak Superstar
Sheera Iskandar semasa melakukan aktiviti fizikal Liga Lawak Superstar

Sabtu, 17 Ogos 2013

Happy Birthday Ieda Kimda !

Dear Blog,




First blog setelah lama tidak mengupdate :)
Masih dalam minggu or bulan Raya lagi .

Selamat Hari Raya kepada yang masih beraya .
Tidak bagi saya kerana saya dah start kelas pada 14 Ogos 2013 lagi .
So saya dalam mood assingments :)

Tujuan mengupdate blog setelah lama tidak menguppdate .
Ingin mengucapkan
Happy Birthday kepada salah seorang Ahli Gafimmers
Yang boleh dikatakan rapat dengan saya
Walaupun kami tidak pernah jumpa diantara satu sama lain .

Mungkin one day kot .
Kami akan jumpa di event gafim atau mungkin event lain .


Terus kepada tujuan asal mengupdate blog .... 

Happy Birthday to You !
Happy Birthday to You !
Happy Birthday to You !
Happy Birthday to adik Ieda Gafim
Happy Birthday to You !

Semoga Panjang Umur ...
Dimurahkan Rezeki ...
Berjaya Dalam Bidang Yang Diceburi ...
Bahagia bersama Orang Yang Tersayang :)

Sedikit kisah tentang adik ieda ini .

Ieda  

Adalah seorang yang sangat cantik, 
baik hati, menghormati orang yang lebih tua . (dimata saya) .

Mcam mana boleh kenal dengan adik Ieda ? 

Ieda merupakah salah seorang peminat Akim Ahmad
Kalau dah peminat Akim Ahmad mesti beliau juga 
Tapi bezanya Ieda tinggal di luar Kuala Lumpur . 

Saya juga merupakan peminat Akim Ahmad 
Dari situ kami kenal . 


*** Semoga berjaya dalam kehidupan & akhirat :) Aminnn . Ikhlas dari Kak Fatinah Zaine or Fatin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...